FKPM dan FSKM tidak akan bergabung

Iklan
Kementerian Pengajian Tinggi setuju batalkan penggabungan fakulti mereka. Kredit foto: Sinar Harian.

Usaha yang dijalankan Persatuan Alumni, Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam memastikan jenama fakulti berkenaan terus diperkasakan telah berhasil.

Ia selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk membatalkan rancangan penggabungan FKPM bersama Fakulti Sains Komputer & Matematik dan Fakulti Sains Informasi (FSKM).

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pengarah KPT, Profesor Datuk Dr Husaini Omar, satu mesyuarat antara KPT bersama wakil pengurusan tertinggi UiTM dan Persatuan Alumni FKPM UiTM telah diadakan.

Jelasnya, hasil daripada mesyuarat itu KPT telah memutuskan untuk tidak meneruskan rancangan menyatukan dua fakulti terbabit.

Iklan

"KPT memutuskan FKPM tidak digabungkan bersama FSKM seperti mana yang pernah diumumkan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Janor pada Oktober lalu.

"Kementerian telah memperhalusi cadangan dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak sejak isu penggabungan ini dibawa ke perhatian.

Iklan

"Saya merasakan perkara ini tidak harus dilengahkan lagi,” jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni FKPM UiTM, Basree Rakijan berkata, pihaknya mengucapkan penghargaan kepada KPT yang memberikan maklum balas positif tuntutan mereka itu.

Ujar Basree, fakulti tersebut mempunyai jasa dan sumbangan yang cukup besar terhadap negara dan perlu diperkasakan lagi dalam arus dunia komunikasi digital yang mencabar.

Tambahnya, Alumni akan terus bekerjasama dengan fakulti dalam usaha melahirkan graduan FKPM yang lebih beribawa.

"FKPM yang sudah berusia 50 tahun telah memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan negara.

"Ia perlu diperkasakan lagi terutama di era komunikasi digital yang begitu mencabar masa kini.

"Alumni akan terus bekerjasama bersama FKPM bagi melaksanakan beberapa program yang telah dikenal pasti demi memastikan jaringan-jaringan industri universiti dapat diperkemaskan lagi selaras dengan usaha fakulti untuk melahirkan graduan yang beribawa,” ujarnya.