Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UTM

Iklan
Dari kiri:- Azman Mokhtar, Dr. Tawfiq Fawzan, Mohamed Khaled, Abdul Razak dan Dr. Ahmad Fauzi pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UTM di di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya baru-baru ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah atas sumbangan besar beliau dalam penyelarasan haji dan umrah serta perkhidmatan kesihatan awam negara terbabit.

Iklan
Iklan

Penganugerahan itu disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada satu majlis khas di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya baru-baru ini.

Mohamed Khaled berkata, ia satu penghormatan mengiktiraf individu luar biasa atas pencapaian cemerlang dan sumbangan kepada pengurusan haji dan umrah serta perkhidmatan kesihatan awam Arab Saudi.

Iklan

"Dalam majlis istimewa ini, kita diberi kesempatan mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UTM kepada Dr Tawfiq Fawzan.

"Saya percaya Dr Tawfiq Fawzan memainkan peranan kritikal sepanjang tempoh pandemik Covid-19," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Iklan

Dari kiri:- Azman Mokhtar, Dr. Tawfiq Fawzan, Mohamed Khaled, Abdul Razak dan Dr. Ahmad Fauzi pada majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UTM di di Hotel Putrajaya Marriott, Putrajaya baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Mokhtar dan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, KPT komited untuk mengukuhkan hubungan sedia ada bersama Kerajaan Arab Saudi khususnya dalam sektor pendidikan tinggi.

Beliau memberitahu, negara ini telah membangunkan satu jenama global yang kukuh dan muncul sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa menawarkan pendidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan kadar harga berpatutan, kualiti hidup baik serta kaya dengan pengalaman budaya.

Dr Tawfiq Fawzan.

"Sebagai sebuah institusi akademik dan penyelidikan yang memberi tumpuan kepada teknologi, UTM diseru memainkan peranan dalam mewujudkan pelbagai kerjasama strategik dengan universiti-universiti di Arab Saudi, industri-industri dan kementerian-kementerian.

"Ia sekali gus dapat membawa hubungan diplomatik Malaysia dan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan para graduan dan penyelidik dari Arab Saudi untuk melanjutkan pengajian serta menjalankan penyelidikan mereka di negara ini," ujarnya.

Dr Tawfiq Fawzan dilantik sebagai Menteri Haji dan Umrah oleh kerajaan Arab Saudi pada 15 Oktober 2021.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri Kesihatan selama lima tahun yang turut memainkan peranan penting dalam mengawal penularan wabak Covid-19.