Bengkel Lego Robotik didik pelajar kenali bidang kejuruteraan

Iklan
Bengkel Lego Robotik 2023 yang diadakan di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini mendapat sambutan daripada para peserta.

Seramai 100 pelajar menyertai Bengkel Lego Robotik 2023 yang diadakan di Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Pengarah program, Muhammad Mustaqim Nurhad berkata, melalui bengkel tersebut, peserta-peserta dapat mengasah bakat dan kreativiti untuk berfikir secara kreatif dalam industri teknologi.

"Para peserta terdiri daripada mereka yang berusia tujuh hingga 16 tahun diberi pendedahan mengenai dunia kejuruteraan bagi mendepani Industri Revolusi 5.0.

Iklan

"Selain itu, mereka juga mempelajari mengenai penyelesaian sistem elektronik dan pengaturcaraan komputer selaras dengan perkembangan Internet of Things (IoT),” katanya.

Penyelesaian sistem elektronik dan pengaturcaraan komputer merupakan antara aktiviti di bengkel berkenaan.

Iklan

Mahasiswa jurusan Sarjana Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik itu menambah, antara aktiviti menarik termasuk pembinaan Line Follower Robot, Obstacle Robot, Tug of War Robot dan Soccer Robot.

Muhammad Mustaqim memberitahu, para peserta turut diberi peluang mempelajari mengenai pengaturcaraan sistem menggunakan aplikasi Lego Digital Design dan Lego Mindstorm.

Bengkel Lego Robotik 2023 terdiri daripada peserta yang berusia tujuh hingga 16 tahun.

"Kami bercadang menjadikan bengkel anjuran Kelab K10 Innovators, Sekretariat Akademik (ACAEX) Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh UPM sebagai program mingguan bagi meningkatkan lagi pengetahuan generasi muda dalam bidang kejuruteraan.

"Ia berikutan sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa dan peserta yang menyertai bengkel ini,” tuturnya.