Pemohonan kemasukan murid ke prasekolah KPM dibuka bermula 1 Mac 2023

Iklan
Kredit foto: Kementerian Pendidikan (KPM)

Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka permohonan kemasukan ke kelas prasekolah KPM untuk Kalendar Akademik 2024/2025 bermula 1 Mac 2023.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan KPM, terdapat dua kaedah boleh diguna pakai untuk ibu bapa atau penjaga mendaftarkan anak-anak mereka dengan cara

Iklan
Iklan

a) Secara dalam talian (online)

-Tempoh permohonan dibuka bermula 1 Mac sehingga 30 April 2023.

Iklan

-Mendaftar di laman sesawang rasmi KPM iaitu: https://www.moe.gov.my/

b) Secara manual

Iklan

-Permohonan dibuka pada 1 Mac sehingga 31 Mei 2023.

-Borang permohonan boleh diambil di sekolah yang dipohon

Berikut merupakan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan oleh KPM

- Kanak-kanak warganegara Malaysia.

- Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 sehingga 15 Januari 2020 sahaja.