Pasukan Debat USM juara Debat Darul Ta’zim 2023

Iklan
Nor Azlan

Pasukan debat Universiti Sains Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Debat Darul Ta’zim 2023 setelah berjaya mengalahkan pasukan debat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Pagoh, Johor, baru-baru ini.

Pentas akhir telah menyaksikan pasukan USM sebagai perwakilan kerajaan dan UIA Pagoh sebagai pembangkang dengan usul ‘dewan ini percaya, gabungan kerajaan perpaduan mampu memacu negara’.

Nor Azlan

Iklan
Iklan

Menurut salah seorang wakil pasukan debat USM, Muhammad Nor Azlan Yusof, hasil latihan yang dilakukan selama dua minggu secara intensif sebelum pertandingan akhirnya membuahkan hasil lumayan yang membanggakan.

Katanya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan teruja dan gembira ketika meraih gelaran juara dalam pertandingan itu memandangkan pasukan lain sama hebat dan handal melontarkan usul serta pandangan.

Iklan

"Pertandingan ini bersempena program minggu Siswa Johor anjuran Yayasan Negeri Johor bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyaksikan penyertaan 14 buah universiti seluruh negara.

"Ia juga merupakan salah satu pertandingan debat yang unik disebabkan formatnya sama seperti pertandingan debat berprestij lain seperti Debat Diraja anjuran Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) di mana usul akan diberi 30 minit sebelum bersidang,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari.

Iklan

Sementara itu, usul yang dilontarkan oleh pasukan debat USM telah berjaya menambat hati hakim dan hampir 100 penonton yang membuktikan bahawa kerajaan perpaduan mampu dinilai melalui unjuran positif daripada inisiatif ‘Malaysia Madani’.

Pasukan Debat USM diwakili Muhammad Nor Azlan Yusof selaku Perdana Menteri, Muhammad Irfan Shah Duraman sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhamad Hafizi Mohd Hanafi sebagai Menteri Pertahanan dan Nurul Annis Rashidi sebagai simpanan.

Tambah Nor Azlan lagi, kejuaraan ini merupakan satu permulaan untuk dia dan pasukan berlatih dengan lebih gigih bagi menyertai pertandingan debat seterusnya tidak lama lagi.