Sesi sekolah mula Januari ambil masa beberapa tahun lagi

Iklan
Pkharuddin.

Pelaksanaan sesi persekolahan bermula Januari akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dikembalikan semula sebagaimana diamalkan sebelum pandemik Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali, langkah itu bukan mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh singkat kerana ia memerlukan pengorbanan semua pihak termasuk cuti persekolahan.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, katanya, jumlah hari persekolahan tidak boleh kurang daripada 190 hari sebagaimana ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

"Jika mahu dikembalikan dengan cepat perlu mengorbankan cuti yang ada, tapi kalau sekolah tidak ada cuti, maka tidak ada waktu rehat bagi guru, pelajar bersama ibu bapa, selain berkemungkinan memberi kesan kepada ekonomi yang saling berkait rapat.

Iklan

Pkharuddin.

"Kita perlu kekalkan 190 hari jadi kena anjakkan sedikit demi sedikit, mungkin potong di mana-mana dan anjak berapa banyak (hari).

Iklan

"Ia bukan satu perkara yang boleh dilaksanakan dalam tempoh singkat dan akan mengambil beberapa tahun dengan pengorbanan semua pihak," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pkharuddin berkata, permulaan sesi persekolahan pada Mac ketika ini boleh dilihat dari sudut positif apabila tempoh pelaksanaan peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dielakkan daripada dijalankan pada monsun timur laut.

Bagaimanapun, katanya, situasi cuaca semasa tidak boleh dijangkakan berikutan perubahan iklim dunia dan ada ketika banjir tetap berlaku pada musim peperiksaan.

Pkharuddin bersalaman bersama warga Kementerian Pendidikan pada majlis amanat KPPM sempena pembukaan sesi persekolahan 2023/2024 di Putrajaya hari ini.

"Tetapi kita sudah cuba sebaik mungkin untuk memberi keselesaan terbaik kepad semua pihak

"Ada pihak perlukan perkara lebih selesa untuk anak semasa hujung tahun adalah tempoh sesuai untuk mereka pergi melancong.

"Bagaimanapun, perkara ini jadi pertimbangan apabila mengadakan takwim setiap tahun," katanya.