Silibus Tahap Satu: Perlukah dinilai semula ?

Iklan

Isu silibus pendidikan Tahap Satu yang tular di media sosial dikatakan tidak setara dengan usia murid tujuh tahun telah mengundang kebimbangan ramai pihak terutamanya ibu bapa. Malah ramai berpendapat silibus itu perlu dinilai dan dikaji semula supaya bersesuaian dan tidak membebankan murid yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam persekolahan.