PIBG, Alumni SK Sungai Choh berkolaborasi hias sudut kantin sekolah

Iklan
Hasil sudut kantin yang berjaya disiapkan di SK Sungai Choh.

Kantin sekolah memiliki peranannya yang tersendiri sebagai sebuah ruang kepada murid-murid khususnya untuk makan dan minum serta menghabiskan masa rehat mereka dengan bersosial bersama rakan-rakan.

Suasana kantin sekolah yang ceria serta bersih boleh memberi keselesaan dan juga meningkatkan keyakinan dalam kalangan warga sekolah untuk mereka gunakan fasiliti tersebut.

Iklan
Iklan

Atas sebab itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa murid serta alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Choh Rawang, Selangor, baru-baru ini telah bekerjasama mewujudkan sudut kantin yang cantik serta selesa untuk digunakan warga sekolah.

Dengan menjadikan taman-taman kehijauan sebagai tema, pembangunan sudut kantin tersebut telah membantu untuk mengindahkan lagi suasana serta pemandangan yang ada di kantin SK Sungai Choh.

Iklan

Menurut Yang Dipertua PIBG, SK Sungai Chok, Mohd Hafiz Maarof, sumbangan membangunkan sudut laman itu adalah hasil usahasama PIBG dan komuniti.

Jelas Hafiz, PIBG telah memberi peluang kepada ibu bapa serta bekas murid SK Sungai Choh untuk menyumbang dan usaha itu berjaya apabila ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Iklan

"Kami berjaya membeli 14 set kerusi batu serta peralatan bahan yang diperlukan untuk tujuan dekorasi sudut kantin ini.

"Kerja-kerja pembangunan sudut kantin ini dijalankan sebaik sahaja cuti sekolah bermula dan berjaya diselesaikan untuk digunakan warga sekolah bagi sesi baharu ini,” ulasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG, Nursalwana Tamin menyatakan cadangan untuk mentransformasikan kantin diterima baik oleh Guru Penolong Kanan (GPK) SK Sungai Choh, Sarina Ramli.

Ujarnya, ruang kantin yang telah mengalami proses tranformasi itu terbahagi kepada tiga sudut utama iaitu sudut pidato, sudutbacaan serta sudut kebersihan dan informasi.

Tambahnya lagi, matlamat utama sudut kantin ini dibangunkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam pengucapan awam.

Mengulas lebih lanjut tentang sudut baharu itu, Nursalwana memaklumkan sekolah akan membuat pengisian pada waktu rehat dengan meminta seorang murid membaca dua rangkap pantun, sajak, syair atau bercerita selama dua minit setiap kali waktu rehat.