Keterujaan jelas terpancar dalam kalangan murid Orang Asli sepanjang berlangsungnya program ‘Welcome Back to the School 2026’.
Malah ada murid yang hadir seawal jam 5 pagi demi merebut hadiah dan menyertai sambutan hari pertama persekolahan.
Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin berkata, situasi itu membuktikan semangat dan keinginan tinggi murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan penuh keceriaan serta motivasi.
Editor Eksekutif Lifestyle itu turut merakamkan penghargaan kepada Unit Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor serta pihak sekolah atas sokongan yang diberikan sehingga program dapat dilaksanakan dengan lancar.
“Harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai minat, keyakinan dan rasa seronok anak-anak untuk terus hadir ke sekolah.
“Terima kasih juga kepada Monsta menerusi kehadiran maskot Papa Zola yang berjaya menceriakan suasana, selain SD Guthrie dan semua individu yang turut sama menjayakan program ini.
“Dengan anda, program ini bertambah meriah,” katanya.