KPM sedang usahakan takwim persekolahan kembali Januari

Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan permulaan takwim sesi persekolahan kembali kepada Januari.

Beliau berkata, sentimen dan semangat ibu bapa yang mahukan sesi persekolahan dibuka pada Januari berbanding Mac amat difahami dan untuk itu KPM sedang usahakan perkara berkenaan.

Fadhlina Sidek

Iklan
Iklan

"Saya ingin tegaskan sekali lagi kita sedang menuju kepada Januari semula, itu jaminan KPM.

"Namun kita juga memerlukan sedikit masa bagi mematuhi Akta Pendidikan di mana kanak-kanak mesti bersekolah sekurang-kurang 190 hari.

Iklan

"Dan kita turut perlu pastikan beberapa episod peperiksaan khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak mengganggu kitaran anak-anak ini serta faktor ekonomi lain,” ujarnya ketika ditanya mengenai rungutan ibu bapa yang menginginkan sesi persekolahan dimula pada awal tahun disebabkan terpaksa membayar penuh tambang van atau bas sekolah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), Kuala Lumpur, pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, permulaan takwim yang diubah daripada Januari kepada Mac 2022 adalah selepas KPM mengumumkan sesi persekolahan 2021 dilanjutkan kepada Februari tahun berikutnya akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.