Mohamad Zarid luah keterujaan dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri

Iklan
Mohamad Zarid (kiri) dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri dan delegasinya bagi mengerjakan umrah. Kredit foto: Bernama

Mahasiswa jurusan syariah, Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi, Mohamad Zarid Misbari, 25, meluahkan rasa teruja apabila dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasinya yang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah.

Menurut penuntut yang berasal dari Bera, Pahang itu, dia sudah menjadi mutawif kepada jemaah umrah hampir dua tahun.

Iklan
Iklan

"Walaupun sudah dua tahun, inilah kali pertama saya membimbing jemaah umrah yang berbeza dan istimewa. Memang sangat teruja sekali,” katanya yang dipilih sebagai mutawif kepada Perdana Menteri melalui Konsulat Malaysia di Jeddah.

Mohamad Zarid

Perdana Menteri ditemani isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, pukul 6.40 pagi waktu tempatan.

Iklan

Sebaik tiba, beliau dan delegasi terus bergerak ke Makkah untuk melaksanakan ibadat umrah terlebih dahulu dan selesai mengerjakan ibadat sunat berkenaan kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan.

INFO

Iklan
  • Mutawif berasal daripada perkataan ‘Thawaf’.
  • Ia merupakan individu penting di sebalik perjalanan jemaah sepanjang mengerjakan umrah dan haji di Tanah Suci. Mereka ini ditugaskan untuk membantu dan memberi nasihat sekali gus memudahkan serta melancarkan perjalanan ibadah umrah / haji jemaah semasa di Tanah Suci Makkah Madinah.