USIM, UMS jalin kerjasama perkasa Program Pengajian Islam

Iklan
Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani (dua dari kanan) bersama Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali(kanan) mewakili USIM sementara Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor (dua dari kiri) bersama Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar mewakili UMS. Kredit foto: USIM

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha memperkasa serta tambah baik kualiti yang ada pada program pengajian Islam di dua institut pendidikan tinggi (IPT) berkenaan.

Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani berkata, kolaborasi yang terjalin di antara USIM dan UMS itu bertepatan dengan slogan universiti iaitu ‘USIM Cemerlang, USIM Disayang’.

Iklan
Iklan

Jelas Sharifuddin, sasaran yang diletakkan USIM berdasarkan kerjasama tersebut bukan sahaja untuk menyebarkan ilmu tetapi juga mahu memberikan manfaat lain kepada masyarakat lebih-lebih lagi menerusi hubungan ‘Friends of Borneo’ yang diterajui oleh Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali.

Ujar beliau lagi, beberapa inisiatif dan cadangan berkaitan gerak kerja telah disediakan dan kerjasama itu juga bukan sahaja menumpukan kepada pemerkasaan program pengajian Islam semata-mata tetapi juga mempunyai fokus untuk aspek-aspek lain yang berkaitan.

Iklan

"Selain memfokuskan kepada pemerkasaan program pengajian Islam serta penyelidikan, kerjasama lain yang turut diadakan adalah ialah kerjasama program akademik; penyelidikan bersama; pertukaran bahan penerbitan; maklumat dan penyelidikan; latihan industri pelajar dan pertukaran kakitangan,” ujarnya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara USIM dan UMS di Pusat Islam UMS, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

Kredit foto: USIM


Hadir sama, Pendaftar USIM, Datuk Muhammad Haizuan Rozali; Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor dan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

Iklan

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, MoU tersebut memberi ruang kepada pihaknya untuk menambah program sedia ada dan menjadikan USIM sebagai salah satu rujukan program akademik khususnya berkaitan pengajian Islam.

Ujar beliau lagi, kerjasama berkenaan akan diterajui oleh Fakulti Pengajian Islam (FIS) UMS sebagai salah satu usaha memperkasakan graduan fakulti berkenaan.

Jelasnya lagi, beliau bertuah kerana UMS dan USIM sekali lagi menjalinkan kerjasama secara rasmi sekali gus melebarkan jalinan strategik yang ada antara mereka.

"Saya sangat bertuah kerana UMS dan USIM sekali lagi secara rasminya akan melebarkan jaringan kerjasama dalam pelbagai aspek seperti mana yang wujud dalam kertas kerja perbincangan MoU di antara UMS dan USIM.

"Dalam perutusan tahun baharu dan 100 hari saya sebagai Naib Canselor, saya telah memperkenalkan slogan ‘Leading Towards Innovative Societies’ di mana slogan ini amat signifikan dan berpandangan jauh serta mendasari visi universiti untuk menjadi universiti berinovatif di peringkat global selari dengan motto universiti iaitu Bertekad Cemerlang.

"Justeru, diharap dengan MoU yang ada antara UMS dan USIM, kedua-dua universiti ini dapat bertindak sebagai peneraju kepada masyarakat berinovatif,” ujar Kasim.

Tambahnya lagi, kerjasama itu juga selaras dengan visi dan misi USIM dalam mengaplikasi pendekatan seimbang antara aspek jasmani dan rohani serta menerapkan pendekatan holistik ke arah penyampaian ilmu yang mengintegrasikan ilmu wahyu (Naqli) juga ilmu yang dituntut (Aqli).