Manusia dilahirkan dengan tahap kecerdasan otak yang berbeza dan dikenali sebagai intelligence quotient (IQ).
Mereka yang memiliki IQ tinggi sering dianggap genius kerana boleh mempelajari serta mudah untuk faham sesuatu perkara dengan cepat.
Malahan ada di antara kalangan genius ini yang boleh menguasai sesuatu bidang itu sejak usia yang sangat muda termasuk ketika kanak-kanak.
Rata-rata mereka yang mempunyai IQ tinggi itu mempunyai peluang yang cerah untuk diserap masuk ke dalam pertubuhan Mensa.
Pertubuhan Mensa adalah sebuah persatuan antarabangsa yang berpusat di England dan diasaskan oleh Roland Berrill bersama Dr Lance Ware pada 1946.
Ia diwujudkan bagi memperjuangkan kecerdasan intelektual dan menggalakkan hubungan sosial antara individu yang memiliki IQ yang tinggi.
Hari ini pertubuhan ini dianggotai lebih 100,000 ahli seluruh dunia.
Pertubuhan Mensa diwujudkan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu-individu genius di samping mempromosikan pemikiran yang kritis, bertanggungjawab dan kreatif dalam kalangan ahli-ahli melalui program dan aktiviti yang dijalankan.
Namun sebab utama mengapa Roland Berril dan Lance Ware membangungkan Mensa adalah untuk mewujudkan sebuah platform bagi golongan IQ tinggi menjalankan perbincangan ilmiah, bertukar pendapat dan menjalankan kajian pembangunan secara saintifitk untuk kebaikan manusia bersama.
Terdapat banyak nama-nama besar daripada pelbagai latar bidang yang telah didaftarkan secara rasmi sebagai ahli pertubuhan Mensa setakat hari ini.
Berikut adalah antara syarat untuk memasuki pertubuhan ini
1) Ujian IQ
Syarat pertama untuk menjadi ahli Mensa ialah calon perlu mengambil ujian IQ yang diiktiraf oleh pertubuhan ini.
Ujian ini dirancang khusus untuk mengukur kecerdasan intelektual seseorang dan calon perlu memperoleh skor IQ yang tinggi untuk layak menjadi ahli Mensa.
Skor tertinggi yang boleh dicapai dalam ujian IQ ini adalah 162, dan individu yang mendapat skor lebih daripada 130 diiktiraf sebagai individu yang mempunyai kecerdasan intelektual yang tinggi.
2) Mempunyai tahap IQ yang tinggi
Mensa juga menetapkan supaya calon perlu menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai kecerdasan intelektual yang tinggi dalam bidang tertentu.
Calon boleh menunjukkan bukti ini dengan memberikan salinan sijil akademik atau pengiktirafan dari badan-badan profesional yang relevan seperti universiti atau badan-badan profesional dalam bidang tertentu.
3) Selain daripada itu, calon juga perlu memenuhi syarat usia. Pertubuhan Mensa mempunyai syarat usia minimum bagi calon untuk mendaftar sebagai ahli dan biasanya adalah 18 tahun tetapi syarat ini berbeza-beza mengikut kawasan dan negara.
Ada di sesetengah negara terdapat ahli Mensa yang usianya baru menginjak tiga tahun dan ada juga yang sudah berusia 100 tahun ke atas.
Calon yang memenuhi semua syarat kemasukan ini boleh memohon untuk menjadi ahli Mensa.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh pertubuhan ini.