Mahasiswa UTeM nikmati nasi talam secara percuma sepanjang Ramadan

Iklan
Mahasiswa UTeM bersama-sama berbuka puasa di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM baru-baru ini.

Lebih 1,500 kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa iaitu nasi talam sepanjang Ramadan kali ini.

Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah penuntut UTeM yang akan bertugas mengikut giliran sepanjang bulan puasa ini.

Iklan
Iklan

Menurut Naib Canselornya, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, juadah berbuka puasa nasi talam itu diagihkan secara percuma kepada setiap mahasiswa.

Penuntut yang menerima set nasi talam ini akan berbuka puasa bersama-sama warga UTeM yang lain di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM.

Iklan

Kata Massila lagi, penyediaan juadah secara besar-besaran itu dibiayai dengan dana hasil sumbangan dan kutipan dalam kalangan kakitangan UTeM serta pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, penyediaan untuk berbuka puasa di UTeM juga turut melibatkan peruntukan daripada Pusat Islam UTeM, Tabung Kewangan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Tabung Amal Jariah UTeM yang berjumlah lebih RM130,000.

Iklan

Berkongsi perjalanan majlis, menurut Massila, program dimulakan dengan aktiviti memproses dan menyediakan bahan mentah diikuti acara memasak secara bergotong-royong.

Kemudian, makanan akan dihidangkan di dalam talam dan disusun untuk dinikmati bersama-sama ketika berbuka puasa.

"Saya yakin, penganjuran majlis sebegini mampu memanfaatkan ruang dan peluang agar bersama-sama menikmati keberkatan sepanjang Ramadan.

"Inilah medan yang menzahirkan hikmah memberi dan menerima antara kakitangan dan penuntut seterusnya menjalin ukhwah berpanjangan,” akhiri beliau.