Tradisi bubur lambuk PSA eratkan perpaduan kaum

Iklan
Warga politeknik bergotong royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam, PSA baru-baru ini.

Tahun ini, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) meneruskan tradisi rewang memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga politeknik dan komuniti setempat.

Selain tradisi, aktiviti menyediakan bubur lambuk itu dilihat sebagai satu keunikan apabila berjaya menyatukan penuntut dan pensyarah yang berbilang kaum dan agama menerusi kerjasama memasak hidangan popular tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Pengarah PSA, Dr Norhayati Zakaria, walaupun ia bersifat santai, program seumpama itu merupakan platform terbaik untuk mahasiswa mengenali dan meraikan kepelbagaian agama, adat dan budaya.

"Ini merupakan satu lagi keunikan negara kita, setiap kali bulan Ramadan bubur lambuk pasti menjadi menu wajib yang turut dinikmati oleh seluruh rakyat di negara ini.

Iklan

"Kami di PSA tahun ini menyediakan tiga jenis hidangan bubur lambuk iaitu ayam, daging dan udang.

"Ini bagi menghormati sesetengah kaum atau individu yang tidak boleh menikmati hidangan tertentu, justeru kami menyediakan variasi untuk mereka," ujarnya selepas agihan bubur lambuk kepada warga politeknik di Pusat Islam, PSA, Persiaran Usahawan, Shah Alam, Selangor.

Iklan

Sementara itu, penuntut Diploma Perniagaan Antarabangsa, PSA, Yuvetha Selvakumar Naidu melahirkan keterujaan apabila berpeluang menyediakan juadah bubur lambuk untuk komuniti setempat.

"Ini kali pertama saya menyertai program seperti ini sekali gus merasai kemeriahan rakan-rakan beragama Islam berpuasa dan menyambut Ramadan.

"Di samping itu, dengan sedekah makanan terutamanya kepada mahasiswa dan orang susah, ia telah mendidik diri untuk bersyukur dan berkongsi dengan orang lain," ujarnya.

Sebanyak 1,500 pek bubur lambuk berjaya disiapkan dan diedarkan kepada warga PSA dan komuniti setempat termasuk anggota beruniform dan sekolah tahfiz sepanjang Ramadan ini.

Selain penyediaan bubur lambuk, PSA turut mengadakan majlis khatam al-Quran, majlis tahlil, iftar perdana dan solat terawih berjemah kepada bersama warga politeknik yang beragama Islam.

INFO

Sejarah bubur lambuk