Management and Science University (MSU) memanfaatkan keberkatan di bulan Ramadan dengan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa MSU bersama anak-anak yatim pada 11 April lalu.
Program yang diadakan di Dewan Canselor, MSU itu bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama kelompok komuniti yang kurang bernasib baik khususnya 20 buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang melibatkan 200 orang penghuninya.
Menurut Presidennya, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, selain berbuka puasa bersama-sama, pihaknya juga telah menyerahkan sumbangan wang zakat dan duit raya daripada Yayasan MSU bernilai RM80,000.
"Majlis penyerahan zakat dan duit raya ini adalah acara tradisi MSU yang mencerminkan komitmen universiti dalam memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti serta menyuburkan budaya bersyukur dan memberi (2G Culture) dalam kalangan warga kampus.
"Hubungan antara MSU dan rumah-rumah kebajikan ini juga telah terjalin sejak 2010 dan ia masih berkekalan sehingga kini.
"Selain itu, antara rumah kebajikan yang terlibat dalam program ini adalah Teratak Nur Barakah; Madrasah Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah;Rumah Amal Limpahan Kasih;Rumah Kasih Harmoni; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Al-Nasuha; Persatuan Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah dan lain-lain,” katanya.
Hadir sama, Naib Canselor MSU, Profesor Datuk Dr Junainah Abd Hamid; Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi MSU, Datuk Rosli Yusof; pengurusan kanan universiti serta wakil rumah kebajikan dan anak-anak yatim.
Dalam pada itu, Program MSU Ihya Ramadhan 2023 turut menyaksikan perlaksanaan pelbagai
aktiviti melibatkan warga kampus dan komuniti setempat.
Antaranya majlis sumbangan zakat kepada mahasiswa MSU dan Kolej MSU serta pelajar-pelajar sekolah menengah terpilih di Lembah Klang, MSU Cares B40 Project; GPS Ramadan; Alumni: Box of Happiness; MSU Quranic League; Sinar Ramadan 6.0; Ramadan Booster 2.0; For You Series: Veggie Burgers; Bubur Lambuk 5.0; Amal Ramadan 2.0; Muafakat Ramadan dan Kembara Sahur 3.0.
Selain itu, aktiviti lain yang turut dijalankan adalah GPS Ramadan: Bangalore Chapter serta Ramadan@Jakarta Global yang melibatkan kampus pesisir antarabangsa MSU iaitu International Medical School di Bangalore.
MSU juga mengadakan bazar Ramadan yang memberi peluang kepada vendor khususnya daripada kumpulan asnaf, ibu tunggal, mualaf serta orang kurang upaya (OKU) untuk berniaga dan menjual pelbagai juadah berbuka puasa kepada warga kampus.