193 program DVM terima lanjutan akreditasi MBOT

Iklan
Gambar hiasan -Kredit foto Unsplash

Sebanyak 193 program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai bidang mendapat pelanjutan akreditasi penuh daripada Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Program-program berkenaan yang ditawarkan Kolej Vokasional di seluruh negara meliputi 10 kategori bidang termasuk Diploma Teknologi Mekanisasi Agro, Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web serta Diploma Animasi 3D.

Iklan
Iklan

MBOT dalam satu kenyataan media berkata, pelanjutan akreditasi penuh itu dipohon oleh pusat pengajian yang sebelum ini tidak diberikan tempoh maksimum penawaran program kerana terdapat beberapa syarat berkaitan tidak dapat dipenuhi.

"Bagaimanapun, mereka telah berjaya menambah baik beberapa kriteria seperti yang telah ditetapkan oleh MBOT dan diberikan pelanjutan tempoh akreditasi.

Iklan

"Hasil penilaian panel pakar MBOT, kolej-kolej vokasional tersebut telah diberikan penambahan tempoh akreditasi sehingga tempoh maksimum iaitu enam tahun,” katanya.

Gambar hiasan -Kredit foto Unsplash

MBOT menambah, akreditasi program-program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) termasuk di kolej vokasional adalah satu daripada aspek penting untuk memastikan jaminan kualiti program yang ditawarkan dengan proses penilaian akreditasi dilaksanakan berdasarkan polisi ditetapkan Majlis Kelayakan Malaysia (MQA).

Iklan

Katanya lagi, pelanjutan tersebut membuktikan standard dan kualiti program ditawarkan oleh kolej-kolej vokasional berada pada tahap yang tinggi.

"Penambahbaikan yang dijalankan oleh kolej-kolej vokasional untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh MBOT menunjukkan komitmen mereka dalam memastikan kualiti pendidikan TVET di negara ini sentiasa ditambah baik secara berterusan.

Gambar hiasan -Kredit foto Jeswin Thomas/Unsplash

"Bahkan, graduan program-program tersebut berpeluang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Muda dalam program Sarjana Muda Teknologi (Bachelor of Technology – B.Tech) ditawarkan oleh Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia seperti Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Teknikal Melaka.

"Akreditasi daripada MBOT akan membantu graduan-graduan TVET dalam kebolehpasaran apabila mereka tamat pengajian kerana penekanan diberikan terhadap aspek aplikasi, penyelesaian masalah dan penglibatan industri termasuk teknologis dan juruteknik daripada industri," katanya.