Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa cakna dan mengambil maklum mengenai beberapa laporan media tentang penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.
KPM menegaskan pihaknya sentiasa memberi peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta sekolah-sekolah berkaitan Surat Siaran KPM Bil 17/2015 tentang isu Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di sekolah.
"Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi memantapkan pengurusan disiplin serta kaunseling di sekolah.
"KPM bersama-sama JPN, PPD dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Lima (5) Minit Antirokok atau Vape yang dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok atau vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.
"Ia bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran, membentuk jati diri serta mempunyai daya tahan yang tinggi dalam kalangan murid,” kata KPM dalam satu kenyataan.
Tambah KPM, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan program IMFree kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Enam di 636 buah sekolah rintis serta diperluaskan pada tahun 2023 dan seterusnya.
"Program berkenaan merupakan salah satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah yang bertujuan melahirkan murid khususnya mereka yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.
"Objektif ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya merokok, memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok dan melatih mereka menjadi agen, pencetus serta penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga tentang bahaya merokok.
"KPM juga sentiasa berusaha melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid,” katanya.