Jenazah pelajar MRSM Bentong dan ahli keluarga selamat dikebumikan

Iklan
Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung.

Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang awal pagi Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam tadi. 

Jenazah Mohd Alawi Muhammad, 56; isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44; serta tiga anak perempuan mereka Ruby Adira Batrisya, 17, (pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang); Ruby Adlina Banin, 14 dan Ruby Azyan Barizah, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Iklan
Iklan

Lima van yang membawa semua jenazah tiba di tanah perkuburan pada 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan dimandikan di Unit Forensik Hospital Raub serta disolatkan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat di sini.

Iklan

Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung yang memberikan penghormatan terakhir.

Kebakaran sekitar 3 pagi itu telah mengorbankan lima sekeluarga, namun dua lagi anak pasangan itu selamat kerana tiada di rumah, iaitu Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan manakala Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong.

Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur rumah dan turut menyebabkan tiga kereta serta tiga motosikal terbakar. - Bernama