Mengangkat dan melestarikan seni budaya dikir barat agar tidak lapuk ditelan zaman. Inilah yang dilihat dilakukan segelintir individu yang ingin terus mengangkat martabat dan memperkasakan seni warisan dikir barat yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang.
Usaha ini seharusnya diberikan pujian kerana tanpa mereka warisan seni budaya tersebut akan pupus dan generasi akan datang pastinya tidak mengetahui dan mengenali apa itu dikir barat.