Kursus profesional mampu tingkat kebolehpasaran graduan

Iklan
Mohammad Shatar

Memandangkan saingan dalam dunia pekerjaan semakin sengit, institut pendidikan tinggi (IPT) disaran menyediakan kursus yang menawarkan sijil profesional bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kelayakan akademik semata-mata sudah tidak menjamin kebolehpasaran graduan disebabkan saban tahun kualiti golongan itu terus meningkat.

Iklan
Iklan

Majikan pula, katanya, lebih bersifat selektif dalam memilih graduan untuk berkhidmat dengan mereka dan jika graduan hanya berharap pada kelayakan akademik semata-mata kemungkinan akan berdepan kesukaran memperoleh pekerjaan.

"Graduan perlu mencari kaedah baharu seperti sesuatu yang memberi nilai tambah untuk bersaing sesama sendiri. Antara inisiatif boleh dilakukan ialah dengan mengambil sijil profesional ditawarkan IPT atau pihak luar.

Iklan

"Kita menyarankan IPT melihat semula program yang ditawarkan kepada bakal mahasiswa supaya dapat diadunkan dengan kursus profesional melalui penambahan beberapa semester atau bulan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan," katanya.

Mohammad Shatar

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar menjelaskan, terdapat juga kursus profesional mengambil masa agak lama iaitu satu atau dua tahun.

Iklan

Bagaimanapun, ujarnya, usaha mengikuti kursus-kursus berkenaan mampu menjadi pelaburan yang sangat berbaloi.

"IPT boleh menggabungkan program sedia ada daripada sains atau sains sosial kerana terdapat badan ikhtisas yang menawarkan sijil profesional kepada graduan kita.

"Sekiranya program sedia ada di universiti diadunkan dengan program profesional mungkin tidak membebankan pelajar dalam konteks kos, malah sangat membantu meningkatkan kebolehpasaran mereka.

"Inisiatif ini sejajar dengan hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan memiliki sijil profesional," katanya.