TimTech, projek rumah kayu berkonsep IBS pertama di Malaysia

Iklan
TimTech, projek yang dihasilkan oleh penuntut dan pensyarah PSA yang berkonsepkan IBS pertama di Malaysia.

Sektor pendidikan negara dilihat semakin berkembang lebih-lebih lagi dengan kemunculan pelbagai bidang baharu seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memenuhi keperluan industri masa kini.

Ia sedikit sebanyak membantu menaikkan kualiti pendidikan negara ke arah lebih tinggi seiring dengan negara maju yang lain.

Iklan
Iklan

Dalam usaha memperkasakan lagi TVET negara, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, (PSA) telah melaksanakan sebuah projek Timber Technology House (TimTech) dengan menyasarkan penghasilan modul pembelajaran dan prosedur operasi standard (SOP) rumah kayu berkonsepkan Industrialise Building System (IBS) sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Kolaborasi bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan menggunakan kayu sebagai bahan utama dihasilkan sepenuhnya oleh penuntut dan pensyarah PSA.

Mohd Zahari melawat dan meninjau sekitar TimTech yang dihasilkan oleh penuntut dan pensyarah PSA.

Iklan

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail, projek berkenaan dilihat sebagai satu kolaborasi yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak antara industri dan PSA.

Ini kerana tambah beliau, ia mampu merancakkan lagi pusat pendidikan TVET dan industri bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan persediaan kepada penuntut sebelum memasuki alam pekerjaan.

Iklan

"Saya mengucapakan terima kasih kepada industri yang terlibat di atas kerjasama dan sokongan penuh kepada projek-projek yang dijalankan PSA.

"Saya berharap perkongsiaan dan sokongan industri dapat diteruskan bagi mempromosikan bidang TVET kepada lebih ramai pelajar,” ujarnya ketika merasmikan Projek Timtech, SEED@WAKAF, CMET dan Techno Huffaz pada Minggu Terbuka PSA 2023.

Mohd Zahari ketika merasmikan TimTech.

Hadir sama Pengarah PSA, Dr Norhayati Zakaria; Timbalan Pengarah Akademik PSA, Dr Ahmad Aftas Azman dan pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan wakil-wakil industri.

Sementara itu, Norhayati berkata, projek TimTech ini memberi impak besar kepada PSA dalam melahirkan lebih ramai graduan yang berkemahiran dan berketrampilan.

Tambah beliau, projek berkenaan melibatkan pembelajaran berasaskan pengalaman dengan menghubungkait Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus melalui aktiviti pembinaan sebenar.

"Pelaksanaan projek ini menyokong strategi utama memperkasakan TVET negara, antaranya mengubah konsep pendidikan tradisional dari train and place kepada place and train.

"Ia memberi peluang kepada penuntut PSA mengembangkan bakat selain menimba ilmu baharu sebelum memasuki alam pekerjaan kelak,” katanya.

Tutur Norhayati, projek tersebut bukan satu-satunya program kolaborasi berimpak tinggi yang dijalankan oleh PSA malah terdapat tiga lagi projek lain yang dilaksanakan bersempena Minggu Terbuka PSA 2023 bermula 15 hingga 19 Mei 2023.

"Selain TimTech, PSA turut mengadakan program kolaborasi lain iaitu Sosial Entrepreneur Empowerment Development Sharing (SEEDS@WAKAF) dengan mengumpul, menyelenggara dan mengedar katil hospital wakaf serta peralatan sokongan kesihatan dengan kerjasama Tabung Wakaf Khas Kesihatan (TWKK).

"Sehingga kini, sebanyak lapan katil wakaf berjaya diagihkan kepada penerima manfaat yang layak di sekitar Selangor manakala tiga katil telah diterima hasil wakaf daripada masyarakat.

"Selain itu PSA turut menubuhkan Pusat Teknologi Elektronik Perubatan (CMET) yang mendapat pensijilan MS ISO/IEC 17025 dari Jabatan Standard Malaysia untuk memberi khidmat kepakaran penentukuran (calibration) peralatan pengujian perubatan selain mengadakan Program Techno-Huffaz sebagai perintis bagi melaksanakan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-Politeknik,” jelasnya.