Permohonan UPUOnline Fasa 2 kini dibuka, isi segera sebelum terlambat!

Iklan
Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 Fasa Kedua kini dibuka bermula 15 Mei hingga 9 Jun depan.

Kepada calon yang berhasrat melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT), ini ada berita baik buat anda!

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 Fasa Kedua kini dibuka bermula 15 Mei hingga 9 Jun depan.

Iklan
Iklan

Ia terbuka kepada calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma atau setaraf yang belum membuat atau mengemukakan permohonan UPUOnline pada Fasa Pertama.

Bagaimanapun harus diingatkan, program pengajian bertemu duga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada fasa kali ini.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, KPT akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline (nombor unik ID Bank Simpanan Nasional) bagi sesi akademik 2023/2024.

Maklumat lanjut mengenai UPUOnline Fasa Kedua boleh layari laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/ sebelum tarikh tutup 9 Jun 2023.

Iklan

UPUOnline ialah sistem dalam talian yang diwujudkan oleh KPT bagi memudahkan permohonan calon untuk memasuki IPT di dalam negara.

Terdapat 14 panduan permohonan yang perlu calon beri perhatian ketika mengisi UPUOnline.

1) Layari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/

2) Pastikan kategori anda.

3) Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.

4) Kira merit.

5) Semak tren permohonan dan penawaran.

6) Semak laluan kerjaya.

7) Isi permohonan UPUOnline.

8) Pastikan anda mengisi maklumat dengan lengkap.

9) Pilih pilihan program mengikut keutamaan.

10) Lengkapkan borang permohonan.

11) Klik butang ‘SIMPAN’.

12) Cetak slip permohonan.

13) Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

14) Semakan dan kemas kini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.