Selangor tambah guru KAFA untuk kurangkan beban cikgu sedia ada

Iklan
Seramai 656 guru KAFA akan dilantik bagi menjamin kualiti pembelajaran dan mengurangkan beban guru sedia ada.

Satu pujian wajar diberikan kepada kerajaan negeri Selangor kerana berusaha mencari strategi dalam menjamin kualiti pembelajaran dan mengurangkan beban guru sedia ada.

Strategi yang dimaksudkan itu adalah bakal menambah seramai 656 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hingga 2027.

Iklan
Iklan

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai permulaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan melantik kira-kira 150 guru KAFA pada tahun ini sebagai solusi pada perkara tersebut.

"Kerajaan negeri menerima permohonan untuk menambah guru KAFA bagi memastikan kualiti pengajaran kepada murid dapat dikekalkan sambil pengurangan beban atas bahu guru-guru ini.

Iklan

"Justeru, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM14.55 juta untuk menjayakan usaha meningkatkan kapasiti dan keperluan guru di Selangor," ujarnya dalam satu kenyataan sebagai mengulas hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Jumaat.

INFO

Iklan

KAFA merupakan program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca al-Quran dan asas-asas fardu ain.

Terdapat tiga objektif penubuhan KAFA iaitu

1) Mewujudkan satu sistem kelas pengajian al-Quran dan fardu ain yang kemas, seragam dan bersepadu di seluruh negara.

2) Memastikan semua kanak-kanak Islam yang berumur tujuh hingga 12 tahun dapat mempelajari dan boleh menguasai bacaan al-Quran dengan baik serta mengamalkan perkara-perkara asas fardu ain.

3) Memperkukuh asas pendidikan agama Islam untuk kanak-kanak Islam dalam pendidikan al-Quran dan fardu ain.