4 Program utama Semarak Siswa Madani

Iklan
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Selasa telah melancarkan inisiatif terbaharu kementerian melalui Program Semarak Siswa Madani.

Melalui inisiatif itu, KPT akan membawa inovasi dan idea-idea baru yang tercetus di institut pendidikan tinggi (IPT) kepada masyarakat dengan memfokuskan jalinan akrab antara mahasiswa dan komuniti.

Iklan
Iklan

Gambar hiasan.Kredit foto: Freepik


Sebagai pelaksanaan, empat program utama telah dirangka iaitu KPT Prihatin Madani; Student for Society (S4S); Inovasi Sosial - Knowledge Transfer Programme (KTP) dan TVET Komuniti Madani.

Jom kita lihat empat program utama inisiatif daripada KPT ini.

Iklan

1) KPT Prihatin Madani

Pelaksanaan program klinik bergerak dan program jangkauan (outreach) kesihatan komuniti kepada golongan sasar terutamanya golongan luar bandar atau pedalaman serta komuniti berpendapatan rendah (B40) yang jauh daripada fasiliti kesihatan.

Iklan

2) Student for Society (S4S)

Enam teras pembangunan komuniti termasuklah khidmat sosial, pengurusan kemanusiaan, pendidikan berkualiti, kesihatan dan kesejahteraan, kelestarian alam sekitar serta advokasi dan kepimpinan.

3) Inovasi sosial – Knowledge Transfer Programme (KTP)

Usaha sama di antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) dengan industri tempatan untuk pengukuhan ilmu terhadap komuniti dan industri di Malaysia bagi meningkatkan taraf hidup serta pendapatan sesuatu komuniti dan industri.

4) TVET @ Komuniti Madani

Sumbangan perkhidmatan berasaskan TVET kepada golongan komuniti seperti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), penyelenggaraan bangunan komuniti dan kediaman golongan berkeperluan serta penyelenggaraan kecil motosikal komuniti setempat.