Universiti Multimedia (MMU) bakal menganjurkan acara tahunan iaitu Hari Terbuka MMU 2023 pada 8 hingga 9 Julai ini di Kampus Melaka dan 15 hingga 16 Julai 2023 di Kampus Cyberjaya.
Hari Terbuka MMU 2023 membuka ruang kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi sesi pengambilan Julai 2023.
Mereka yang berjaya akan memulakan Hari Orientasi pada 29 Julai 2023 manakala kelas pula bermula 7 Ogos depan.
Hari Terbuka MMU 2023 menawarkan pelbagai kelebihan antaranya yuran istimewa RM6,500 untuk program asasi kecuali jurusan Undang-Undang.
Universiti ini juga menawarkan program di peringkat pra siswazah dan siswazah dalam bidang Teknologi Maklumat (IT), Kejuruteraan, Multimedia Kreatif, Seni Senimatik, Komunikasi Strategik, Undang-Undang serta Perniagaan dan Kewangan
Selain berpeluang bertemu dengan para kaunselor dan pensyarah untuk bertanya tentang program akademik, para pengunjung juga boleh melihat secara dekat pelbagai kemudahan disediakan dalam kampus seperti bilik kuliah, makmal, asrama dan lain-lain
Mereka juga berpeluang mendapatkan informasi mengenai biasiswa atau bantuan kewangan pada hari terbuka ini.
Sementara itu, hampir 15,000 penuntut sedang mengikuti pengajian di MMU dan daripada jumlah itu lebih 1,300 mahasiswanya merupakan penuntut antarabangsa dari 68 buah negara.
Setakat ini, MMU telah melahirkan kira-kira 70,000 graduan yang memiliki kebolehpasaran tinggi dan digemari oleh majikan selain menjadi usahawan yang mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai industri.
Sebagai contoh, beberapa alumni MMU telah berjaya mencipta impak dan pemain utama dalam industri seperti Pengarah siri animasi, Boboiboy, Nizam Razak; Pengarah filem tersohor, Ghazali Abu Bakar; Pengarah siri animasi Ejen Ali, Muhammad Usamah Zaid Yasin dan Saintis Malaysia, Dr Kevin Koay.
Jadi jangan lepaskan peluang kunjungi Hari Terbuka MMU 2023!