‘Pasar Loka’ tampil nostalgia zaman retro

Iklan


Tanggunggjawab Sosial Korporat (CSR) bukan sahaja aktiviti yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajan atau mana-mana syarikat swasta tetapi ia turut mendapat perhatian dalam kalangan warga siswa.

Atas kesedaran tersebut, pelajar tahun akhir jurusan Perhubungan Awam, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan ‘Pasar Loka Klasik’ bagi membantu Maahad Tahfiz Teduhan Kasih.

Dekan FKPM, Profesor Madya Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata, program itu membolehkan perniaga kecil mengembalikan semula nostalgia barangan antik dengan menghargai budaya tradisional Malaysia.

"Antara acara yang menarik termasuk pertunjukan Vespa, Projek Anak Jantan, Projek Anak Gadis yang anggun, reruai foto, mewarna batik, permainan tradisional dan persembahan muzik.

"Program ini berkonsepkan klasik di mana kita dapat lihat meskipun zaman kian berubah namun retro tetap mendapat tempat dalam hati generasi masa kini,” ujarnya.

Iklan
Iklan


Pasar Loka Klasik telah diadakan di Dewan Mawar Qaseh dan Dataran Mawar, UiTM Shah Alam, Selangor.

Lebih kurang 4,000 pengunjung telah hadir memeriahkan program itu dengan jayanya dan setiap sumbangan yang diberikan telah mewujudkan impak positif kepada kehidupan anak-anak tahfiz.
Iklan
Iklan