Tempat paling selamat dalam kapal terbang

Iklan

Hari ini, kapal terbang antara sistem pengangkutan udara yang menjadi pilihan kebanyakan orang tanpa mengira kedudukan.

Mampu menerbangkan penumpang ke destinasi jauh, orang ramai tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan ini.

Iklan
Iklan

Walaupun ada kala kita ‘disajikan’ dengan berita kemalangan yang melibatkan pengangkutan udara ini tetapi ia masih menjadi pilihan ramai untuk bergerak.

Tahukah anda, satu kajian yang dijalankan pada 2015 mendapati terdapat satu ruang di dalam kapal terbang yang selamat buat penumpang iaitu tempat duduk belakang.

Iklan

Kajian tersebut dilakukan di sebuah dataran luas dengan merempuhkan sebuah kapal terbang tanpa penumpang.

Hasilnya mendapati tempat duduk hadapan direkodkan mengalami kehancuran sebanyak 39 peratus manakala bahagian tengah pula 38 peratus.

Iklan

Bagi bahagian belakang pula ia direkodkan lebih selamat dengan 28 peratus kehancuran.

Justeru, dapatan yang dipetik daripada portal United Kingdom, The Sun, itu merumuskan kedudukan tersebut lebih selamat sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Terdapat beberapa tip untuk penumpang kekal selamat semasa di dalam kapal terbang iaitu;

1. Pakai pakaian yang sesuai

Apa yang kita pakai sebenarnya dapat mempengaruhi keadaan semasa dalam pesawat. Jangan lupa untuk memakai kasut dan bukan selipar kerana sekiranya terdapat sebarang masalah seerti kebakaran atau kemalangan, ia dapat membantu penumpang untuk menyelamatkan diri tanpa risiko terpijak sesuatu yang berbahaya seperti kaca.

2. Jangan simpan peralatan tajam dalam poket seluar atau baju

Peralalatan sedemikian dapat menyebabkan kecederaan sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini

3. Kira jarak kedudukan dengan pintu kecemasan

Nampak remeh, namun jika berlakunya kemalangan dan daya penglihatan kabur, pengiraan tersebut sedikit sebanyak membantu diri sendiri dan orang lain untuk keluar.

Diharapkan maklumat ini memberi manfaat kepada semua pembaca Sinar Bestari.