5 kemahiran ikatan yang wajib dipelajari peserta perkhemahan

Iklan
Kemahiran ikatan wajib peserta pelajari sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.

Awal Jun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) telah membenarkan semula aktiviti luar bilik darjah yang ditangguhkan sebelum ini berikutan cuaca panas.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili, aktiviti luar itu dibenarkan dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana ketika berhadapan fenomena cuaca panas terjamin.

Iklan
Iklan

Katanya, kebenaran tersebut adalah berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas yang harus dijadikan rujukan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM.

"Menerusi garis panduan ini, institusi pendidikan boleh mengambil langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.

Iklan

"Ia hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi dapat dielakkan,” ujarnya.

Berikutan kebenaran aktiviti luar bilik darjah itu, sekolah seluruh negara mula giat merancang aktiviti membabitkan para pelajar.

Iklan

Antara yang dianjurkan adalah kem jati diri, seminar motivasi, bengkel persediaan peperiksaan dan perkhemahan.

Dari sudut aktiviti berbentuk perkhemahan, Sinar Bestari ingin menasihatkan agar pelajar sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang berkhemah.

Selain itu, peserta juga wajib mempelajari beberapa kemahiran ikatan ketika mahu mendirikan khemah.

Justeru, kami kongsikan lima kemahiran ikatan yang wajib peserta pelajari sebelum memulakan aktiviti perkhemahan.

Ini senarainya.

1) Ikatan Simpul Manuk

Digunakan untuk memulakan dan mematikan ikatan. Ikatan ini tidak mudah terurai dan sesuai digunakan untuk mengikat tali pada tiang khemah dan menuruni bukit.

2) Ikatan Silang Gunting

Digunakan untuk mengikat dua atau tiga batang kayu. Contohnya, membuat tripod. Ikatan ini kuat dan kukuh.

3) Ikatan Serong

Digunakan untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang. Ikatan ini kuat, kukuh dan sesuai digunakan untuk membuat meja, kerusi dan tempat memasak.

4) Ikatan Lilit Balak

Digunakan untuk memulakan ikatan. Ikatan ini tidak mudah terurai dan sesuai digunakan untuk mengikat tali pada kayu yang bersaiz besar.

5) Ikatan Seraya

Digunakan untuk mengikat dua batang kayu. Contohnya, membuat rakit, ampaian dan rak kasut. Ikatan ini kuat dan kukuh.

Dengan perkongsian kemahiran ikatan tersebut, Sinar Bestari berharap ia dapat memanfaatkan kesemua pelajar yang bakal mengikuti program perkhemahan kelak.

Sumber: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5