Tiga aspek bentuk atlet berkualiti

Iklan
Siti Nur Shuhada berkata, penilaian merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang masing-masing mengukur keupayaan mengaplikasikan kemahiran, kebijaksanaan membuat keputusan ketika berdepan tekanan serta pembentukan sahsiah.

Bagi melahirkan pesilat berkualiti, kehebatan di gelanggang sahaja tidak mencukupi.

Sebaliknya, keseimbangan kemahiran, pemikiran dan nilai diri menjadi tiga aspek utama yang diberi perhatian dalam menilai perkembangan atlet muda.

Iklan
Iklan

Jurulatih, Siti Nur Shuhada Mohamad Najib berkata, penilaian merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang masing-masing mengukur keupayaan mengaplikasikan kemahiran, kebijaksanaan membuat keputusan ketika berdepan tekanan serta pembentukan sahsiah.

"Atlet bukan sahaja perlu mahir melaksanakan teknik yang dipelajari, tetapi harus mampu berfikir dengan tenang ketika berdepan situasi cemas dan mengawal perasaan gemuruh sepanjang pertandingan.

Iklan

"Seseorang atlet berkualiti bukan hanya hebat di dalam gelanggang, tetapi juga di luar gelanggang. Mereka perlu berdisiplin, menepati masa dan sentiasa fokus terhadap matlamat pertandingan," jelasnya.

Dalam pada itu, Siti Nur Shuhada menyifatkan SSJF Cup 3.0 sebagai warm-up tournament atau pertandingan pemanas badan buat pesilat remaja yang bakal ke Uzbekistan pada Disember ini, memandangkan kejohanan itu berlangsung selepas pemilihan skuad remaja kebangsaan.

Iklan

"Peluang ini membolehkan mereka membiasakan diri dengan suasana pertandingan, meningkatkan kemahiran serta memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi cabaran lebih besar.

"Bagi kategori silat seni pula, pesilat perlu terus memperhalusi aspek wiraga dan wirasa bagi meningkatkan mutu persembahan serta penghayatan seni," kongsinya.