KPM umum tarikh penting Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Sesi 2024/2025

Iklan
Menurut KPM, PKSK akan dilaksanakan dalam tiga sesi dan setiap sesi terbahagi kepada dua fasa pelaksanaan iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa bakal melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi Tingkatan Satu dan Empat serta Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Sesi 2024/2025.

Pelaksanaan PKSK itu adalah bagi kemasukan pelajar berkaitan ke Sekolah Khusus (SK) kendalian KPM.

Iklan
Iklan

Lima SK tersebut adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP); Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA); Sekolah Menengah Teknik (SMT); Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Untuk ke SK, KPM mengumumkan tarikh penting yang perlu guru, ibu bapa dan calon-calon beri perhatian.

Iklan

Tarikh-tarikh penting yang dimaklumkan KPM merangkumi;

1) Tarikh Permohonan

Iklan

- 1 Ogos 2023 hingga 17 September 2023

2) Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan Satu

- 25 September 2023 hingga 27 Oktober 2023

3) Tarikh Semakan Pusat PKSK Tingkatan Empat

- 25 September 2023 hingga 13 Oktober 2023

Pelaksanaan PKSK

Menurut KPM, PKSK akan dilaksanakan dalam tiga sesi dan setiap sesi terbahagi kepada dua fasa pelaksanaan iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

1) Fasa 1

Calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan untuk Tingkatan Satu manakala 250 patah perkataan untuk Tingkatan Empat berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

2) Fasa 2

Calon (Tingkatan Satu dan Empat) perlu menjawab soalan Bahagian A dan Bahagian B secara dalam talian dalam masa 90 minit.

Adalah diingatkan calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Syarat permohonan

Setiap calon perlu memenuhi syarat permohonan untuk melayakkan mereka ke SK bagi Sesi 2024/2025 iaitu;

1) Pemohon merupakan warganegara Malaysia.

2) Pemohon telah mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) KPM.

3) Untuk kemasukan Tingkatan Satu Tahun 2024, murid Tahun Enam 2023 mestilah:

Berumur 12 tahun atau

Lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012

4) Bagi kemasukan Tingkatan Empat 2024, pelajar Tingkatan Tiga 2022 mestilah:

Berumur 15 tahun atau

Lahir pada 2 Januari 2008 hingga 1 Januari 2009

Bagi yang berminat mengikuti persekolahan di SK, anda boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan dan semakan pusat pentaksiran menerusi dua pautan ini iaitu;

Tingkatan Satu: https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan Empat: https://spskt4.moe.gov.my

Semoga berjaya.