Sambung belajar di Australia, bagaimana caranya?

Iklan


Menyambung pelajaran ke luar negara sejurus menamatkan pendidikan di peringkat menengah merupakan impian semua pelajar.

Namun begitu, ramai yang tertanya bagaimana untuk memohon dan apakah platform yang harus digunakan bagi memenuhi hasrat tersebut.

Menyedari kesukaran yang dihadapi kebanyakan pelajar yang ingin belajar di universiti luar negara, Talor’s College mengambil inisiatif menjalin kerjasama dengan Lembaga Sijil Pendidikan Australia Selatan (SAGE) bagi membolehkan para pelajar Malaysia menyambung pelajaran di Australia.

Menurut Pengarah Taylor’s College, Josephine Tan, kerjasama yang terjalin sejak 40 tahun itu membolehkan para pelajar mengikuti Program Matrikulasi Australia (AUSMAT) terlebih dahulu di kolej tersebut.

"Selepas matrikulasi di Malaysia, pelajar-pelajar boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah di universiti-universiti terpilih seperti Universiti Adelaide, Universiti South Australia, dan Universiti Flinders di selatan Australia; Universiti Melbourne, Sekolah Ekonomi, Sains Politik London, Universiti Hong Kong serta Universiti Auckland.

"AUSMAT Taylor's terkenal di seluruh dunia kerana keberkesanannya menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan membekalkan para pelajar dengan kemahiran penting untuk kerjaya masa depan,” ujarnya kepada Sinar Bestari pada Sabtu, selepas Majlis Memperingati Kerjasama Akademik Taylor’s College dengan Lembaga Sijil Pendidikan Australia Selatan (SAGE) yang ke-40.

Majlis yang berlangsung di Taylor’s College, Subang Jaya, Selangor itu turut dihadiri Pegawai Kanan dari Pesuruhjaya Tinggi Australia, Dr Steven Barraclough; Pemangku Lembaga Pengarah Perkhidmatan Pendidikan SACE, Virginia Steele dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michaela Bensley.

Iklan
Iklan


Pada majlis tersebut turut menampilkan alumni Taylor’s College-SACE yang berjaya iaitu Muhammad Naif, kini berkhidmat di syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dalam pada itu, Jospehine turut mengulas mengenai dapatan daripada Biro Statistik Australia di mana seseorang individu dijangka mengalami pelbagai perubahan aspek sepanjang kariernya.

Ia disebabkan permintaan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan kecerdasan sosial semakin meningkat dalam dunia industri kini.

Memahami fenomena tersebut, Josephine berkata, pihaknya sentiasa berusaha ke arah mentransformasikan pendidikan dalam kalangan pelajar mereka bagi memenuhi keperluan pasaran.

Ujar beliau, antaranya menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat industri sama ada dalam bidang pembuatan, perbankan atau hospitaliti.

"Taylor’s College mempunyai banyak jurusan dan ia mendedahkan para pelajar dengan pengkhususan masing-masing.

"Justeru, kami menjalinkan kerjasama dengan banyak syarikat termasuk Nestle Sdn Bhd dan KPMG Malaysia.

"Menerusi Kerjasama tersebut, para pelajar dapat mengetahui mengenai pembangunan, cabaran dan keperluan tentang industri yang ingin mereka ceburi,” ulasnya lagi.
Iklan
Iklan