Sedar atau tidak, penulisan bukan sahaja wadah dalam membentuk kemahiran insaniah tetapi sejak dahulu lagi ia bertindak sebagai perantara untuk mengembangkan ilmu ke seluruh pelosok dunia.
Hari ini penulisan yang dihasilkan kebanyakannya merupakan penulisan kreatif di mana si penulis berkongsi emosi, watak, konflik serta pelbagai elemen dan turut mengajak pembaca untuk berfikir seterusnya menghayati nilai-nilai murni yang ditonjolkan.