'Tidak akan ada lagi kes guru ponteng sekolah' - Ketua Menteri Sabah

Iklan
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berharap tidak akan ada lagi kes guru yang 'ponteng' sekolah.

Merujuk kepada kes mahkamah yang belum pernah terjadi sebelum ini di mana tiga bekas murid dari Kota Belud memenangi tuntutan terhadap guru bahasa Inggeris yang tidak masuk mengajar selama tujuh bulan, Hajiji berkata kejadian tersebut merupakan satu kekecewaan.

Iklan
Iklan

"Kami melihat perkara ini sebagai sesuatu yang sangat mengecewakan kerana menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengajar para pelajar mereka.

"Oleh itu, saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi. Ia adalah penting bagi kita untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di sekolah.

Iklan

"Pendidikan penting dan kami tidak mahu ada pelajar yang ketinggalan,” katanya seperti dipetik portal tempatan pada Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah (ABCNS) yang ke-34 di Dewan Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Sabah.

Sebelum ini, dalam ucapannya, Hajiji meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengenal pasti punca mengapa ramai calon tidak menghadiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah tahun lepas.

Iklan

Beliau berkata, ia berdasarkan laporan hanya 34,461 pelajar daripada 40,147 yang mendaftar di Sabah mengambil peperiksaan SPM 2022.

"Saya mengambil isu ini dengan serius kerana SPM adalah peperiksaan penting bagi masa depan anak-anak kita sebelum mereka melanjutkan pendidikan tinggi di mana-mana institut pengajian tinggi (IPT). Pendidikan adalah hak untuk semua.

"Oleh itu, tidak kiralah berapa bilangan pelajar yang tidak mengambil peperiksaan SPM 2022 di negeri ini, saya mahu JPN mengenal pasti mengapa mereka tidak hadir.

"Saya mahu para pelajar dari Sabah yang terlepas peperiksaan SPM tahun lepas untuk mengambil peluang melakukannya tahun ini,” tambah beliau.