Memacu Pendidikan Generasi Digital

Iklan
Buat julung kalinya, Sinar Bestari dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menganjurkan karnival pendidikan terbesar di Selangor pada 8 hingga 10 September depan.

Bertemakan Memacu Pendidikan Generasi Digital, karnival ini dilihat dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan digital di sekolah hari ini. Untuk itu, dalam usaha menyemarakkan lagi karnival ini, pelbagai agensi turut terlibat untuk memeriahkan lagi acara dengan pameran dan juga demonstrasi.

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik turut disediakan kepada para pengunjung yang terdiri daripada golongan guru, pelajar, ibu bapa dan orang ramai.

Jadi jom beramai-ramai meriahkan lagi Karnival Pendidikan Sinar Bestari bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Jumpa anda nanti!