Memperkukuh transformasi digital menerusi ICONPO XII 2023

Iklan
ICONPO XII yang dianjurkan Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan APSPA bertujuan mengenal pasti penyelesaian optimum untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui transformasi digital.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) melalui Jabatan Perkhidmatan Komputer (JPKN) dan Sabah Net akan memastikan pendigitalan diperkembangkan secara konsisten melalui pelbagai perancangan dan program pendigitalan.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, kerajaan akan merancakkan penggunaan solusi perkomputeran awam selaras dengan dasar yang telah dilancarkan MyDigital Economy Blueprint.

Iklan
Iklan

"Kita perlu menjadi lebih kreatif dan proaktif dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital seperti pemasaran digital, penggunaan pelbagai aplikasi dan penggunaan secara maya.

"Satu pujian harus diberikan juga atas kecekapan pentadbiran jentera kerajaan apabila berupaya bekerja menggunakan kerangka 5A iaitu ‘Available At Anytime, Anywhere with Any mobile devise’ (bersedia ada pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan sebarang peranti mudah alih),” ujarnya dalam teks ucapan yang dibacakan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Awam (ICONPO XII) di Hotel Pacific Sutera, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Iklan

Hadir sama, Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan; Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Shahimi Mohtar; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed; Dekan Pusat Pengajian Kerajaan, Profesor Madya Dr Halimah Abdul Manaf dan Pengarah ICONPO XII, Dr Nur Syakiran Akmal Ismail.

Turut serta Yang Dipertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Yahya Hussin; Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Sapdin Ibrahim; Timbalan YDP MUIS, Ustaz Malai Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Iklan

ICONPO XII yang dianjurkan Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Asia Pacific Society for Public Affairs (APSPA) bertujuan mengenal pasti penyelesaian optimum untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam melalui transformasi digital.

Dengan tema Memperkukuh Transformasi Digital Ke Arah Tadbir Urus Pintar, ICONPO XII dihadiri lebih 300 peserta sepanjang dua hari ia berlangsung.

Sementara itu, Mohd Foad dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Pengajian Kerajaan UUM dan MUIS atas inisiatif mengadakan kerjasama strategik menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan MUIS pada ICONPO XII.

"UUM bersedia membantu kerajaan dalam penggubalan dasar pelbagai aspek khususnya berkaitan transformasi digital dan pemantauan pelaksanaan.

"Matlamatnya adalah mencapai tadbir urus pintar yang komprehensif dan memaksimumkan potensi negara untuk mengatasi cabaran global yang merentasi sempadan,” ujarnya.