5 info penting mengenai Modul Bimbingan, guru dan ibu bapa wajib fahami!

Iklan
MOBIM adalah satu bahan sokongan yang dihasilkan dengan tujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan program Modul Bimbingan (MOBIM) khusus untuk beberapa mata pelajaran sebagai membantu guru melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan lebih berkesan.

Mata pelajaran yang disediakan menerusi program MOBIM itu terdiri daripada empat subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Iklan
Iklan

Selain membantu guru memantapkan PdP, MOBIM juga boleh diakses dan digunakan oleh ibu bapa untuk membimbing anak-anak di rumah.

Di sini, Sinar Bestari kongsikan beberapa maklumat penting MOBIM untuk pengetahuan kita bersama.

Iklan

1) Apakah MOBIM

MOBIM adalah satu bahan sokongan yang dihasilkan dengan tujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017).

Iklan

2) Apakah tujuan MOBIM disediakan?

MOBIM bertujuan membantu guru melaksanakan PdP bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dengan lebih mudah dan berkesan.

3) Apakah MOBIM selari dengan KSSR?

Ya, MOBIM disusun berdasarkan kepada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam KSSR (Semakan 2017) dengan menggunakan peruntukan waktu sedia ada.

4) Bagaimana MOBIM menangani tanggapan isu kurikulum berat?

MOBIM dibangunkan dengan menyusun semula kandungan dan menggabungkan beberapa kemahiran serta tajuk. Aktiviti yang dirancang adalah secara ansur maju daripada mudah kepada yang sukar.

5) Adakah MOBIM membantu guru melaksanakan pentaksiran?

Ya, guru boleh menggunakan bahan dalam MOBIM untuk mentafsir murid.