Karnival Pendidikan Sinar Bestari berjaya capai matlamat

Iklan

Karnival Pendidikan Sinar Bestari melakar sejarah tersendiri apabila menerima kunjungan lebih 100,000 orang ramai sepanjang tiga hari ia berlangsung.

Sambutan yang luar biasa itu dilihat sebagai satu titik permulaan dalam memperkenalkan dan menjayakan pendidikan digital kepada semua pelajar khasnya di negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Ia bertepatan dengan tema yang dibawa iaitu #MemacuPendidikanGenerasiDigital yang sangat relevan kepada generasi baharu yang lebih terdedah kepada platform pendigitalan dalam memperoleh pelbagai sumber maklumat dengan hanya di hujung jari sahaja.

Berikutan itu, bersempena Edisi Khas Sinar Bestari minggu ini, kami kongsikan corat-coret keceriaan dan kemeriahan para pengunjung menerusi penganjuran Karnival Pendidikan Sinar Bestari 2023 yang telah diadakan pada 8 hingga 10 September 2023 di Dataran Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Iklan