SMILE bantu pelajar MSU dapat pendedahan global

Iklan
Mohd Shukri (berbaju Melayu warna biru) bersama-sama warga MSU sempena pelancaran SMILE di Shah Alam baru-baru ini.

Para pelajar Management and Science University (MSU) berpeluang memperoleh pengalaman pembelajaran yang memberi manfaat dalam kerjaya masa depan mereka menerusi pemerkasaan program mobiliti global yang dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi itu.

Program mobiliti global yang dilaksanakan oleh MSU merangkumi Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP), dan Global Internship Programme (GIP).

Iklan
Iklan

MSU dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini memaklumkan, pemerkasaan bagi kesemua program mobiliti global itu dilaksanakan menerusi penyediaan biasiswa Scholarship for Mobility and International Learning Experiences (SMILE) di bawah Yayasan MSU.

"SMILE bakal menawarkan bantuan kewangan kepada pelajar MSU untuk mengikuti program mobility di lebih 300 rakan universiti MSU di seluruh dunia.

Iklan

"Pendedahan ini membolehkan mereka memperoleh pengalaman unik serta melengkapi mereka sebagai graduan yang serba boleh dan dilengkapi kemahiran insaniah,” jelas MSU dalam kenyataan tersebut.

Program mobiliti global MSU tersebut mampu menjadi platform utama kepada para pelajarnya untuk muncul sebagai graduan yang kompeten, serba boleh dan dinamik.

Tambah kenyataan itu, ketiga-tiga program mobiliti global tersebut mampu menjadi platform utama kepada para pelajarnya untuk muncul sebagai graduan yang kompeten, serba boleh dan dinamik.

Iklan

SMILE dilancarkan secara rasmi oleh MSU pada Jumaat di Performing Art Theatre oleh Presidennya, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Naib Canselor MSU, Profesor Datuk Dr Junainah Abd Hamid; Naib Presiden Yayasan MSU, Datuk Rosli Yusof; Naib Presiden Penyelidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa MSU, Profesor Dr Indang Ariati Ariffin serta kakitangan dan para pelajar universiti itu.

Turut menyaksikan majlis itu ialah para pelajar antarabangsa yang mengikuti program inbound mobility dari Universitas Muhammadiyah Purwokerto dan Universitas Negeri Makassar masing-masing di Indonesia.

Sementara itu, para pelajar dari Management and Science Institute (MSI), Colombo, Sri Lanka; Universitas Airlangga (UNAIR), Jakarta Global University (JGU) masing-masing di Indonesia; Thaksin University (Thailand); Amity University, India serta Henan Polytechnic University, China turut mengikuti pelancaran SMILE secara maya.