Bina kerjaya pengurusan pelaburan di MSU

Iklan
Program pengajian MSU lengkap dengan input industri yang relevan dan mampu memanfaatkan graduan dalam bidang kerjaya.

Selaras komitmen kerajaan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat pengurusan pelaburan antarabangsa, pelbagai inisiatif telah diambil bagi meningkatkan landskap industri pengurusan pelaburan yang antaranya tumpuan ke atas perkembangan pengurusan dana konvensional dan dana Islam.

Berdasarkan statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), bagi suku pertama 2023 Malaysia telah menarik pelaburan diluluskan bernilai RM71.4 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama. Daripada jumlah itu, ia membabitkan 1,265 projek yang dijangka menjana 23,977 peluang pekerjaan baharu.

Iklan
Iklan

Dengan landskap pelaburan yang kondusif, Malaysia dijangka terus memperoleh lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) berbanding pelaburan langsung domestik (DDI). FDI menyumbang RM37.5 bilion mewakili 52.5 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

Melihat potensi tersebut, Management and Science University (MSU) menawarkan program pengajian dalam bidang Pengurusan Pelaburan peringkat ijazah sarjana muda dan diploma kepada pelajar berminat. Program ini ditawarkan di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional (FBMP).

Iklan

Graduan program Pengurusan Pelaburan MSU berpeluang membina kerjaya dalam pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti juruanalisis kewangan, penasihat pelaburan, penasihat kewangan, pengurusan dan agen insurans, pegawai bank, perancang kewangan, pemprosesan data, penganalisis data dan pegawai risiko.

Terkenal dengan visi komited mencerna kecemerlangan graduan, MSU menjadi landasan terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu teori atau amali. Program pengajian MSU direka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran serta memperkasakan pengalaman pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum yang melengkapkan para pelajar dengan nilai-nilai etika dan moral.

Iklan

Sementara itu, Panel Penasihat Industri Universiti (UIAP) pula memastikan silibus program pengajian di MSU dilengkapi dengan input industri yang relevan, sekali gus memanfaatkan para pelajar apabila mereka menceburi pasaran kerjaya selepas menamatkan pengajian.

Selain itu, para pelajar berpeluang mendapat pendedahan antarabangsa menerusi Program Mobiliti Global (GMP). Program ini memberi peluang kepada para pelajar memilih untuk menyambung pengajian mereka di lebih 300 buah rakan universiti MSU meliputi United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Afrika Selatan, India, Indonesia dan New Zealand.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program pengajian ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling & Komunikasi di talian 03-55216868 atau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MSUINFOnama dan hantar kepada 019-3419152/016-356 8251/012-2496551 atau menerusi laman sesawang www.msu.edu.my.