Pensyarah UPM jadi rakyat Malaysia pertama raih pingat emas antarabangsa William Johnson pada AMPT 2023

Iklan
Mohd Sapuan mengharumkan nama negara apabila menjadi rakyat Malaysia pertama meraih pingat emas antarabangsa William Johnson dalam AMPT 2023.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Ir Dr Mohd Sapuan Salit @ Sinon merupakan penerima pertama dari Malaysia yang meraih pingat emas antarabangsa William Johnson pada Persidangan Advances of Materials Processing Technologies Conference (AMPT 2023) baru-baru ini.

Menurut Mohd Sapuan, anugerah tersebut sangat bermakna buat dirinya kerana ia dicapai menerusi Penyelidikan dan Pengajaran Pemprosesan Bahan.

Iklan
Iklan

"Saya sangat teruja menerima anugerah berprestij ini sekali gus gembira menjadi pemenang pertama Malaysia setelah 25 tahun menghadiri konferensi AMPT bermula 1998.

"Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong saya tanpa henti,” ujarnya dengan menambah anugerah tersebut diwujudkan oleh ahli Jawatankuasa Pepandu AMPT bagi memperingati Profesor William Johnson dan rakan-rakan di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) yang cemerlang dalam bidang berkenaan.

Iklan

Selain meraih pingat emas antarabangsa William Johnson, Mohd Sapuan yang juga profesor dalam bidang bahan komposit dan Ketua Pusat Penyelidikan Bahan Kejuruteraan dan Komposit Termaju UPM terlebih dahulu telah merangkul pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang berkhidmat di UPM.

Antara yang telah digenggam oleh ahli akademik ini adalah Anugerah Fellowship Naib Canselor kategori Anugerah Khas Akademia Putra, UPM; muncul antara dua peratus Saintis Terbaik Dunia dan penilai untuk Saintis Muda Negara.

Iklan

INFO

Penerima terdahulu bagi anugerah pingat emas antarabangsa William Johnson disenaraikan seperti berikut;

1993 - William Johnson (United Kingdom)

1997 - FW Travis (United Kingdom)

1998 - T Nakagawa (Japan)

1999 - JGWilliams (United Kingdom)

2001 - JV Wood (United Kingdom)

2003 - L Donrzenski (Poland)

2005. - SK Ghosh (United Kingdom)

2006 - MSJ Hashmi (Ireland)

2007 - YT Im (South Korea)

2008 - BS Yilbas (Saudi Arabia)

2009 - Mustafizur Rahman (Singapore)

2010 - Jean-Loupe Chenot (France)

2011 - Temel Kotil (Turkiye)

2012 - Kiet Tieu (Australia)

2013 - Stephan Reid (United Kingdom), Hong Hocheng (Taiwan), Zone-Ching Lin (Taiwan)

2014 - John Monaghan (Ireland), Emin Bayraktar (France), Mohhamed Al-Sultan (Saudi Arabia)

2015 - Bernd Kieback (Germany), IS Jawahir (USA)

2016 - Jose Manuel Torralba (Spain)

2017 - Padmanabhan Ragupathy (India), Krisnamurthy Ragukandhan (India)

2018 - Dermot Brabazon (Ireland), Faruk Yiggit (Turkiye)

2022 - Massimo Pellizzari (Italy)