Pelajar B40 raih 4.00 dalam STPM ditawar Program Perakaunan UUM, dibiayai sepenuhnya yuran

Iklan

Seorang remaja, Nur Adyranna Aressa Ramli dari Kampung Charok Kudong, Pendang, Kedah terkejut dengan kehadiran Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Sakdan ke rumah neneknya baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Lebih mengejutkan, beliau bersama Dekan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Profesor Madya Dr Massudi Mahmuddin membawa berita gembira dengan memaklumkan Nur Adyranna Aressa terpilih sebagai mahasiswa pertama untuk Program SULUNG 2.0.

Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 yang diperolehinya semasa Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) lalu membolehkan dia melanjutkan pengajian di universiti tersebut dalam program Sarjana Muda Perakaunan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) untuk sesi 2023/2024 pada 10 Oktober ini.

Iklan

Jelas Adryanna, dia berjanji menggunakan peluang yang ada untuk belajar bersungguh-sungguh dan membalas jasa keluarga yang selama ini membesarkannya.

Sementara itu, Mohd Fuad berkata, kunjungan ini adalah untuk bertemu dan melihat sendiri persediaan mahasiswa baharu yang akan mendaftar pada Oktober nanti.

Iklan

Mengulas mengenai program SULUNG 2.0, Mohd Fuad menyatakan, program ini terbuka untuk semua bidang pengajian peringkat ijazah selepas penilaian dan pengesahan dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar melalui semakan lapangan.

Menerusi inisiatif tersebut, seramai 388 mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40) pelbagai kaum dan bangsa akan dipilih menyertai Program SULUNG 2.0 universiti yang melibatkan 188 penuntut baharu dan 200 sedia ada.

Melalui program ini, setiap penuntut dibiayai RM4,998 sepanjang enam semester pengajian mereka.

Mengulas lebih lanjut, beliau menyatakan program tersebut merupakan inisiatif yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertujuan memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian di menara gading kepada generasi pertama yang cemerlang dalam keluarga B40 tetapi kurang berkemampuan.

Tambah beliau, antara manfaat yang diterima mereka ialah laluan kemasukan khas B40, pengecualian yuran pengajian dan pembangunan insaniah serta sokongan akademik dan kaunseling.