Kumpulan pendidik sertai kelas induk metodologi pembelajaran kendalian guru Kanada

Iklan
Cikgu Sean Robinson memberi taklimat di kelas induk yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Lebih 100 pendidik di seluruh negara menyertai kelas induk secara dalam talian kendalian guru ternama dari British Columbia, Kanada, Cikgu Sean Robinson.

Kelas induk anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah itu berlangsung selama satu jam pada 7 September lalu menerusi aplikasi Google Meet.

Iklan
Iklan

Sesi kelas tersebut menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta antaranya pengenalan metodologi iaitu pembelajaran berasaskan hubungan untuk meningkatkan kapasiti pelajar dalam membantu komuniti dan meningkatkan kemahiran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) mereka.

Beliau telah menerbitkan dua buku berkenaan teori pembelajaran yang direkanya sendiri iaitu Connections-Based Learning (CBL).

Iklan

Antara guru yang mengikuti kelas induk bersama Cikgu Sean Robinson.

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Nordin Akup memberi sokongan penuh terhadap program pengantarabangsaan itu yang dilihat mampu memperluaskan landskap pendidikan kolej dengan mempelbagaikan ruang dan alternatif kepada guru-guru dan para pelajar untuk mendapatkan perspektif, idea dan cabang ilmu yang baharu.

Akhir sekali, kelas induk tersebut boleh diakses melalui pautan: https://youtu.be/y-pxkZnn5UU?feature=shared

Iklan