Pensyarah dan mahasiswa UPSI bangunkan aplikasi e-LouniA, bantu murid meminati Matematik

Iklan
Seronok Matematik pupuk minat murid untuk lebih mendalami ilmu mata pelajaran itu.

Satu aplikasi baru yang diberi nama e-LouniA yang menggunakan modul ‘fun learning with nurmeracy’ telah dibangunkan oleh pensyarah kanan bersama mahasiswa ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Aplikasi itu telah berjaya dilaksanakan dan digunakan menerusi program Seronok Matematik yang dijalankan bersama murid-murid gelandangan Buku Jalanan Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Profesor Madya Dr Siti Rahaimah Ali

Menurut Ketua Program, Profesor Madya Dr Siti Rahaimah Ali, pelaksanaan aktiviti berkenaan dapat membuka peluang selain turut memberi pendedahan kepada murid-murid dalam usaha menggalakkan mereka meminati mata pelajaran Matematik.

Iklan

"Ia secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap subjek berkenaan tanpa mengharapkan bantuan guru," ujarnya.

Seramai 30 orang murid Tahun Empat dan Enam mengikuti program Seronok Matematik yang turut dibantu beberapa fasilitator antaranya Guru Cemerlang Matematik, Azizul Abdul Aziz.

Iklan

Ia dijalankan sebanyak dua kali menggunakan aplikasi e-LouniA yang melibatkan empat peringkat proses pembelajaran iaitu pentafsiran kod (de-coding), pemerolehan pengetahuan (meaning-making), aplikasi (using) dan analisis (analyzing).

Melalui peringkat ini, ia dapat membantu murid secara kreatif dan inovatif menggunakan aplikasi permainan interaktif dan melalui kefahaman yang dimiliki mereka untuk menyelesaikan sesuatu soalan yang berkaitan Aritmetik dengan lebih menyeronokkan.

Sementara itu, seorang fasilitator program, Syaheela Atikah Hashmi berkata, program sebegini mampu meningkatkan kemahiran insaniah (soft skill) dalam mengharungi alam pekerjaan sebenar.

"Pengalaman yang dibina hasil daripada progam ini mampu membantu fasilitator membina keyakinan dalam pelbagai keadaan persekitaran sekali gus membantu menyumbang bakti dalam program kemasyarakatan," jelasnya.