Belanjawan 2024: RM1.9 bilion menaik taraf dan menyelenggara sekolah seluruh negara

Iklan

Sejumlah RM1.9 bilion disediakan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah seluruh negara pada tahun hadapan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

Iklan
Iklan

"Pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan Madani Kedua.

Tambah Anwar, RM1 bilion juga turut diperuntukan bagi menyelenggara semua jenis sekolah antaranya sekolah kebangsaan (SK), sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina.

Iklan

Ia termasuk juga sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar ‘autism’.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan sebanyak 26 buah sekolah baru akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion.

Iklan