Perpustakaan Selangor tarik diri Pesta Buku Frankfurt 2023, solidariti buat Palestin

Iklan


Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan ini berpendirian untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu kenyataan media baru-baru ini.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kenyataan rasmi daripada penganjur Frankfurter Buchmesse mengenai konflik Palestin-Israel.

"Pesta buku sepatutnya menjadi medan neutral dan tidak condong kepada mana-mana agenda politik serta sebaliknya perlu menanamkan sifat kesatuan dan keadilan dalam ekosistem industri," katanya.

Selain Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengambil keputusan yang sama.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap republik berkenaan.