UiTM tubuh kelab baharu, fokus lahirkan usahawan sukan

Iklan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengorak langkah dengan menubuhkan sebuah kelab baharu berasaskan keusahawanan sukan merentasi kolej pengajian, fakulti dan cawangan negeri.

Iklan
Iklan

Projek Rintis Fasa Satu ini melibatkan 10 buah kolej pengajian, fakulti dan cawangan negeri iaitu UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, UiTM Cawangan Pahang dan Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik.

Turut termasuk, Kolej Pengajian Alam Bina, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi serta Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.

Iklan

Ia merupakan hasil cetusan idea oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM, Profesor Dr Mohd Sazili Shahibi yang mahu melahirkan graduan UiTM dengan penglibatan secara langsung di dalam pengurusan sukan dan penganjuran sukan serta menjana pendapatan.

Majlis pelancaran kelab baharu ini yang dikenali sebagai UiTM Sportreneur Club (USC) serta diikuti dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan Kalbe Malaysia Sdn Bhd (pengeluar minuman ExtraJoss) yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia telah diadakan semasa Majlis Penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) Klai ke-28 (XXVIII) 2023 di UiTM Pulau Pinang.

Iklan

MoU telah ditandatangani Mohd Sazili bagi pihak UiTM manakala Kalbe pula diwakili Jerry Yew.

Sementara itu, Mohd Sazili berkata, UiTM amat mengalu-alukan perkara ini dan berharap ia akan menjadi pemangkin ke arah melahirkan serta mewujudkan suatu ekosistem kondusif dalam kalangan mahasiswa kampus untuk terlibat dengan keusahawanan sukan serta dapat menjana pendapatan.

"Selain daripada memberi fokus menjana pendapatan menerusi penganjuran pertandingan sukan seperti larian, futsal dan badminton, matlamat akhirnya juga adalah untuk mewujudkan inkubator bagi melahirkan usahawan sukan dalam kalangan penuntut UiTM untuk jangka masa dua tahun,” ujarnya yang percaya kerjasama strategik antara UiTM dan Kalbe bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.