Graduan Pemulihan Cara Kerja UiTM mengisi kepakaran rehabilitasi dalam industri penjagaan kesihatan

Iklan
Kejayaan keberhasilan graduan ini turut didorong oleh faktor program akademik yang kukuh.

Cakna akan kekangan kekurangan ahli Pemulihan Cara Kerja yang serius di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi antara salah sebuah universiti awam yang menyumbang kepakaran profesyen sains kesihatan ini kepada keperluan negara.

Direkodkan seramai 47 graduan Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) dengan 97 peratusan kejayaan Tamat Pengajian Dalam Tempoh (Graduate On Time, GOT) telah terlahir pada bulan Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Program akademik Pemulihan Cara Kerja ini merupakan salah satu daripada lapan program akademik yang terkandung di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK) bertempat di UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor.

Kejayaan keberhasilan graduan ini didorong oleh faktor program akademik yang kukuh di mana pengambilan pertama program Diploma Pemulihan Cara Kerja di tahun 1996 dan program Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) pada 2005.

Iklan

Selain itu, keupayaan tenaga pengajar turut menyumbang keberhasilan tenaga mahir di mana majoriti pensyarah mempunyai pengalaman mengajar serta pengalaman di industri yang membantu pengajaran lebih berkesan.

Kepakaran pensyarah dengan kelayakan di peringkat sarjana dan doktor falsafah turut menjadi faktor penyumbang kemenjadian graduan.

Sesi temu duga bakal graduan bersama agensi swasta.

Iklan

Dalam pada itu, pendedahan pelajar kepada realiti pesakit sebenar turut dilaksanakan melalui kursus pra-klinikal dan penempatan di indutstri pada semester akhir seperti di hospital, pusat kesihatan awam dan swasta bagi meningkatkan kemahiran kompetensi menjalankan rehabilitasi.

Kemenjadian graduan juga turut disokong oleh inisiatif penganjuran Hari Kerjaya di semester akhir yang menyediakan peluang menghadiri sesi temu duga bersama majikan dari industri serta persediaan pra-temu duga kepada bakal graduan.

Peratusan kebolehpasaran graduan Pemulihan Cara Kerja mencatatkan 94 peratus kebolehpasaran graduan dan ia adalah selari dengan matlamat utama UiTM untuk memastikan graduan mendapat pekerjaan seawal enam bulan pertama selepas bergraduasi.

Penghasilan graduan ini adalah selari dengan seruan oleh Ketua Profesion Perkhidmatan Terapi Cara Kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nora Hamid akan keperluan yang tinggi dalam menangani kekurangan ahli Pemulihan Cara Kerja yang serius di industri penjagaan kesihatan tempatan, yang menyatakan saranannya semasa majlis perasmian sambutan Hari Terapi Cara Kerja Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang Kota pada 27 Oktober yang lalu, disamping kehadiran oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Daniel Gooi sebagai perasmi majlis.

Merujuk kepada tema sambutan Hari Terapi Cara Kerja Sedunia 2023 iaitu kesepaduan melalui komuniti, graduan Pemulihan Cara Kerja UiTM membuktikan 94 peratus graduan memberikan perkhidmatan di komuniti dengan bekerja bersama agensi swasta berbanding di agensi kerajaan.

Kebolehpasaran ini menunjukkan bahawa keperluan industri penjagaan kesihatan negara mendapat permintaan tinggi sekali gus memenuhi kehendak komuniti terhadap profesyen Pemulihan Cara Kerja untuk membantu kefungsian kehidupan harian melalui proses rehabilitasi yang dilaksanakan.

Maklumat Penulis

Pensyarah, Pusat Pengajian Pemulihan Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, Nur Atiqah Azman