KPM pandang serius isu buli

Iklan
Kemungkinan pembuli terjebak dengan buli kerana dipengaruhi aksi-aksi gengsterisme yang berlaku di persekitaran mereka.

Salur aduan lengkap, elak kes buli berpanjangan

Isu buli terus berlaku walaupun sudah banyak kes-kes yang menyayat hati dan mengakibatkan kematian dilaporkan.

Justeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin dan cukup memandang serius tentang perkara tersebut. Namun, tidak adil sekiranya masyarakat meletakkan tanggungjawab menangani isu buli itu kepada KPM sepenuhnya.

Iklan
Iklan

Ia kerana, kejadian buli memerlukan perhatian dan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memikirkan punca, kaedah dan mencari jalan terbaik bagi mencegah perkara tersebut daripada terus berleluasa.

Menurut KPM, terdapat kemungkinan pembuli terjebak dengan perbuatan itu kerana dipengaruhi aksi-aksi gangsterisme yang berlaku di persekitaran mereka atau terdedah dengan pelbagai bahan negatif di media elektronik dan dalam talian.

Iklan

"Mungkin juga ada kes pembuli yang membuli kerana mereka pernah menjadi mangsa suatu ketika dahulu.

"Justeru, mereka (pembuli) ingin melakukan perkara yang sama kepada orang lain dalam pelbagai cara seperti melalui buli fizikal (pukul, tendang, cubit), buli lisan (ejek, mencarut, body-shaming), buli bukan lisan (jelir lidah, jegil mata, isyarat lucah) dan buli siber (menyingkirkan seseorang dari kumpulan media sosial, menggodam email atau akaun media sosial, mempersendakan rakan sekelas atau guru melalui media sosial),” ujarnya.

Iklan

Mengulas lanjut, KPM berkata, pada 15 Disember lalu kementerian telah memperkenalkan aspek Karamiah Insaniah yang dilihat membantu KPM dalam mendepani perkara buli.

Konsep Karamah Insaniah yang diperkenalkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan salah satu teras utama yang menekankan pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi mewujudkan suasana harmoni yang akan menghindari gejala negatif.

Pendekatan ini diharapkan dapat membentuk pembentukan adab, akhlak dan integriti murid yang baik dalam mengharungi cabaran global yang tidak hanya menjurus kepada kemajuan sains dan teknologi tetapi juga cabaran ekonomi dan kesihatan.

Jelas kementerian itu, masyarakat yang mengetahui berlakunya kes-kes pelanggaran disiplin seperti buli perlu melaporkan segera kejadian tersebut kepada pihak berkaitan.

"Banyak cara boleh digunakan oleh orang ramai untuk menyalurkan apa juga aduan kepada KPM, iaitu sama ada melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), panggilan telefon, surat, e-mel ataupun hadir sendiri ke kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun di kementerian.

"KPM telah mengambil inisiatif menyediakan satu platform khas bagi membolehkan orang awam, sama ada ibu bapa, penjaga atau mangsa buli itu sendiri untuk membuat aduan terus kepada KPM.

"Portal aduan buli yang dilancarkan KPM ini merupakan portal khas yang disediakan oleh mereka untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat berkaitan langkah-langkah menangani isu buli di sekolah,” tuturnya.

Seterusnya, KPM turut menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan orang ramai termasuk pihak sekolah dan ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes yang berlaku. Antara saluran tersebut ialah melalui talian khas aduan buli, e-mel: adubuli@moe.gov.my dan aduan SISPAA KPM yang sedia ada.

Selain itu, peti aduan murid turut disediakan bagi memudahkan mereka membuat aduan sekiranya berlaku kejadian buli di sekolah dan di asrama.

KPM amat prihatin terhadap setiap aduan yang diterima dan tindakan segera akan diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Guru Bimbingan dan Kaunseling berperanan membantu pihak sekolah meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah, kepimpinan, kokurikulum mahupun pembangunan diri murid.

Selain itu, mereka juga berfungsi bagi membantu menangani isu buli di sekolah.

KPM berkata, unit ini sangat penting peranannya apatah lagi di institusi pendidikan seperti sekolah yang menjadi alma mater golongan remaja.

Dengan peningkatan permasalahan sosial dalam kalangan murid pada masa ini, unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah mempunyai obligasi yang ulung agar generasi muda dapat dibentuk dengan keperibadian yang baik.

Justeru, fungsi utama unit bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah untuk menyediakan khidmat nasihat dan membantu murid meningkatkan nilai dalam diri masing-masing serta membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Bagi sekolah berasrama, KPM berkata, kewujudan dan keberadaan guru atau warden hendaklah dapat dirasai oleh penghuninya sepanjang masa.

Peraturan asrama dan aktiviti harian perlu dijelaskan kepada semua murid secara berkala dalam perhimpunan sekolah. Pemeriksaan ke bilik-bilik penginapan murid dan bilik-bilik lain perlu dilakukan secara kerap dan berjadual malah pemeriksaan mengejut hendaklah dilakukan sekiranya dirasakan ada keperluan oleh pengurusan sekolah bagi mengelak masalah disiplin termasuk buli.

Dalam pada itu, selain kes buli di sekolah harian dan sekolah berasrama penuh, murid di sekolah agama juga tidak terkecuali menjadi pembuli dan mangsa buli.

"Walaupun pengajian mereka menfokuskan pengajaran ilmu agama, kejadian buli tetap berlaku disebabkan banyak faktor antaranya kurang penghayatan murid terhadap ilmu agama.

"Hakikatnya, ilmu agama yang diperolehi perlu diamalkan agar mendatangkan kesan positif di dalam hati dan perilaku seorang murid. Oleh hal yang demikian, perlu diterapkan kaedah penghayatan dan pengamalan ilmu agama sebenar yang lebih berkesan dalam kalangan mereka,” kata KPM.