USIM anjur semula perbarisan badan beruniform selepas 3 tahun tertangguh

Iklan
Antara peserta yang mengikuti perbarisan badan beruniform di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM pada Rabu.

Kira-kira 500 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyertai majlis perbarisan badan beruniform di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM pada Rabu.

Menurut Pembantu Tadbir, Pusat Pembangunan Kemahiran Pelajar dan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah USIM, Muhammad Shahrul Naim Mohd Tokiman, majlis merupakan inisiatif daripada pusat berkenaan bertujuan mengumpulkan seluruh ahli badan beruniform yang terlibat untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Iklan
Iklan

Selain itu, Muhammad Shahrul Naim berkata, ia juga berobjektif mendekatkan hubungan mahasiswa dengan pengurusan universiti sekali gus menunjukkan bagaimana para penuntut memimpin di antara satu sama lain.

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani melahirkan rasa bangga terhadap mahasiswa yang menyertai kokurikulum badan beruniform tersebut.

Iklan

"Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diterima dalam aktiviti ini tidak akan diperolehi menerusi bilik kuliah.

"Oleh itu, besar harapan saya agar aktiviti di luar kuliah atau kelas ini dapat meningkatkan jati diri para penuntut sekali gus menjadikan mereka sebagai insan yang bersyukur,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Iklan

Majlis perbarisan yang diadakan semula setelah ditangguhkan selama tiga tahun akibat penularan jangkitan Covid-19 menyaksikan penglibatan kumpulan mahasiswa daripada beberapa badan beruniform USIM.

Antara yang menyertainya adalah Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES), Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Malaysia (SISPA), Sukarelawan Siswa Siswi Polis Diraja Malaysia (SUKSIS), Pegawai Bomba Bantuan Siswa, Bulan Sabit Merah (BSM) dan Pandu Puteri.

Maklumat Penulis

Mahasiswa USIM, Nadiana Zulkifli dari kelas ACJ 3083

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my